×
Tips Elak Scammer Yang Menjual Gold Di Internet

Bila sebut pasal gold, ramai juga yg pernah kena scam, jadinya, bukan salah gold tetapi salah orang yang melakukan jual beli tu.

Antara tips yang boleh anda tengok ialah

1. Pastikan pembelian anda ada dokumentasi, ada resit, ada cert dan sebagainya

2. Pastikan pembayaran bukan di bayar pada individu, pastikan syarikat dan ada tertera no telepon syarikat, customer servis.

3. Pastikan harga gold mengikut harga semasa, TIADA DISKAUN.

4. Search nama company gold kat GOOGLE untuk dapat maklumat tambahan sebelum buat pembelian.

grid-scammer-gold1645417205.jpeg

5. Jika anda yg kata, boleh UNTUNG sekian2 dalam tempoh sekian2, sudah pasti ianya SCAM sebab takde orang pun tahu harga gold akan datang kecuali tuhan.

6. Pastikan anda berurusan dengan Consultant Gold yang sah yang dilantik oleh Syarikat. Biasanya jika anda rujuk dengan syarikat tu, nama dia ada tertera dalam sistem.

7. Elak dari terpedaya dengan skim-skim yang menjanjikan komisyen lumayan sampai 10%. Secara logiknya, takkan syarikat nak bagi keuntungan pada ejen melebihi keuntungan dia.

8. Elak dari bayar ansuran untuk memiliki gold. Mana boleh beli gold secara ansuran. Kita beli sekian, kita dapat grammage gold sekian.

Sekiranya anda pernah terkena SCAM gold, bolehlah kongsikan yer, supaya ramai tak terkena. Jika ragu-ragu, boleh je whatsapp saya sebab saya dah jumpa banyak scammer gold kat luar sana. Simpan Gold untuk masa depan, bukan untuk hilang harapan. Jom benteras scammer gold.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah