Semalam saya jumpa sahabat lama, dia cakap, aku tengok ko selalu kongsi pasal emas, cer cerita? Aku ni tiap2 bulan memang beli emas dinar.
Saya jawab, bagus lah, beli dan simpan untuk masa depan.
Saya tanya, katakan lagi 3 tahun, ko nak pakai duit, apa yang ko akan buat?
Dia jawab, aku jual lah emas dinar ni atau aku pajakkan.
Saya pun cakap, maknanya ko nak kena cari buyer atau ko nak kena ke kedai pajak yang ko pun tak tahu berapa boleh dapat dan berapa upah simpan dan berapa tempuh dia pegang emas ko.
Saya tambah, ni banyak emas kat wallet ko, berkeping-keping, rasa-rasa boleh hilang tak? Bukan nak mintak tapi kena hati-hati juga lah dan ia akan terletak kat situ sampailah ko memerlukan duit.
Ada Cara lain untuk ko capai objektif lagi 3 ke 5 tahun. Saya tambah..
Bukan tak boleh guna cara ko tu, ok jer. Ada satu lagi cara.
Saya pun ceritalah pasal satu cara lagi ni…
1. Kita beli emas secara online
2. Kita minta syarikat uruskan penyimpanan
3. Kita boleh ambil emas fizikal bila-bila masa
4. Kita boleh minta kemudahan tunai dari emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa tanpa jual emas kita tu. (holding). Management fees yang dikenakan jelas & tetap.
5. Untuk duit simpanan lebih setahun, sebagai contoh, jika kita simpan 4 gram, kita boleh gandakan dengan menggunakan kemudahan Flexigold, jadinya simpanan gold kita menjadi 40 gram
6. Zaman teknologi yang membolehkan semua ni berlaku. Digital memudahkan proses jual beli emas mengikut syariah.
7. Semua transaksi emas ada aggrement dan certificate yang membuktikan hak milik kita dan dijaga dengan selamat.
Panjang oooooo dia. Banyak aku belajar hari ni, kata dia. Rupa-rupannya, aku salah faham. Ingatkan emas ni hanya Nombor gram jer dalam sistem, tapi ada Fizikal dia rupanya, cuma ia diuruskan dan disimpan oleh syarikat dalam peti besi Brinks dengan selamat.