Berapakah nilai RM 10 pada anda, ketika ini? Adakah ianya berharga ataupun boleh habis dengan sekelip mata.
Lihat disekeliling kita. Apakah barang atau keperluan asas yang boleh diperolehi dengan nilai RM 10?
Sekali anak-anak merengek nak beli mainan, pasti lebih RM 10 akan habis. Sekali singgah di kedai runcit, pasti akan berbelanja lebih RM 10.
Lihat sahaja barangan keperluan yang dari tahun ke tahun meningkat.
Ada satu cara nak menyelamatkan RM 10 kita itu daripada habis begitu sahaja. Jawapannya ialah TUKAR RM 10 itu kepada emas. Kenapa kena tukar? Kenapa emas? Bagaimana ia boleh membantu?
Kita boleh beli emas serendah RM 10 secara online dan ianya selamat serta patuh syariah. Jika kita beli berulang-ulang kali, setiap hari RM 10, maka sebulan, boleh ada dalam anggaran 1 gram emas.
Harga emas ada naik dan turun. Itu biasa, cumanya dalam jangka masa panjang, lihat graf, ia menaik. Jadinya, nilai emas kita pun akan naik nilainya.
Bayangkan, setiap minggu dan setiap bulan, kita simpan emas sebelum berbelanja, dengan berjimat, berapa gram emas yang terkumpul?
Tidak semestinya tiada duit simpan, tak boleh ada emas, cumanya perlu berjimat sahaja.
Jika kita asyik kata RM 10 pun tak ada, bermakna kita mendoakan diri kita begitu.
Buka akaun simpanan emas hari ini juga. Ianya percuma. Jika bukan anda, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi?