×
Duit Bertambah Di Masa Depan Menggunakan Duit Pakai

Setiap insan memerlukan duit untuk kegunaan kehidupan seharian. Pendapatan yang diperolehi, ada sebahagian kecil disimpan dan selebihnya dipakai.

Kebanyakan antara kita tidak mempunyai duit simpan disebabkan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi.

Terdapat salah satu cara, bagaimana anda boleh mendapat duit tambahan di masa depan menggunakan duit pakai yang sedia ada.

1. Tukar Duit Kepada Emas

Sejak turun temurun, kita tahu harga emas ada naik dan turun tetapi dalam jangka masa panjang, ianya menaik.

Kita kena menyimpan emas supaya apabila nilainya naik, maka kita boleh jual dan dapatkan duit yang lebih daripada duit yang kita beli emas sebelum ini. 

large-untung-harga-emas1673128581.jpeg

Kenaikan harga emas lebih banyak jika kita mempunyai pegangan emas yang lebih banyak. 

Sebagai contoh, jika kita ada 100 gram, kenaikkan emas ialah RM 5, maka lebihan duit yang kita perolehi ialah RM 500. 

Bandingkan dengan jika kita ada 185 gram, kenaikan emas ialah RM 5, maka lebihan duit yang kita perolehi ialah RM 925.

Perbezaan gram sebanyak 85 gram menyebabkan kita dapat lebihan RM 425 walaupun kenaikkan harga emas itu sama dan masa yang diperlukan untuk emas itu naik pun sama.

Lebih-lebih lagi, kita tidak menggunakan duit simpan, kita boleh buat 100 gram emas menjadi 185 gram emas.

2. Cara Gunakan Duit Pakai Untuk Tambah Gram Emas

Contohnya, katakan kita ada RM 17.58. Duit ini kita dapat daripada hasil penjimatan dalam perbelanjaan mahupun kita simpan dan asingkan hasil dari pendapatan tambahan.

large-simpan-gold-bar1673302044.jpeg

Adakah sukar untuk mendapatkan RM 17.58 sebulan? 

Mungkin anda boleh simpan lebih daripada ini.

Anda juga ada duit pakai yang nak digunakan sebanyak RM 100. Duit pakai ini diperolehi dan akan digunakan pada minggu hadapan, iaitu 7 hari berikutnya.

Keseluruhan RM 100 dan RM 17.58 boleh digunakan untuk membeli emas melalui akaun simpanan emas.

Bolehlah dapat 0.38627 gram mengikut harga semasa.

Daripada gram yang dibeli itu tadi, melalui akaun simpanan emas, kita boleh meminta kemudahan Gold Convert daripada syarikat dan dapatkan RM 100 masuk dalam bank akaun kita dalam masa 1 ke 5 hari bekerja tanpa menjual emas yang kita beli itu tadi.

Melalui cara ini, kita ada pegangan emas 0.38627 gram dan kita ada RM 100 duit guna yang masuk dalam bank.

Jika kita hanya gunakan duit simpan sahaja untuk membeli emas, kita hanya mampu ada 0.05775 gram. 

Jika kita gunakan duit pakai, maka pegangan gram emas kita lebih banyak dan RM 100 yang kita nak gunakan masih ada.

3. Lebihan Duit Dipantau Melalui Akaun Simpanan Emas

Anda boleh buka akaun simpanan emas secara percuma terlebih dahulu untuk melihat naik turun harga emas.

large-akaun-qm-percuma1681436874.jpg

Pegangan emas yang kita miliki itu boleh menaik dan menurun nilainya.

Disebabkan kita nak simpan duit kita dalam bentuk emas, kita tidak akan menjual emas itu sehinggalah harganya naik dan kita dapat lebih banyak daripada nilai yang kita beli.

Tempoh masa bergantung kepada kadar kenaikan harga emas.

Melalui akaun simpanan emas juga, kita boleh lihat pegangan emas yang ada, lebihan duit yang kita perolehi dan sedikit kos pengurusan yang dikenakan setiap hari.

large-untung-holding-11683325090.jpg

Nilai yang ditunjukkan di atas adalah nilai sebenar yang boleh diakses melalui akaun simpanan emas kita.

Sebenarnya kita boleh menggunakan cara ini berkali-kali dengan nilai yang mengikut kemampuan kita untuk mengumpul pegangan emas sehingga berkilo-kilo banyaknya.

Jom kita belajar pelbagai cara, bagaimana emas ini boleh membantu permudah kehidupan masa depan.

large-register-simpan-gold1680642427.jpg

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah