×
Ini Caranya Simpan Emas 8.4 Gram Setiap Bulan Walau Gaji Kurang 3K Sebulan

Setiap bulan, tentu kita berbelanja untuk membayar komitmen bulanan. Tahukah anda, lebih banyak komitmen bulanan, lebih banyak pegangan emas yang boleh anda perolehi. Bagaimanakah caranya?

Melalui akaun simpanan emas yang boleh anda buka secara percuma, anda boleh membeli emas terlebih dahulu. Anda boleh gunakan duit komitmen yang ada sebelum membuat pembayaran. Sebagai contoh, ansuran kereta, ansuran rumah dan bil-bil berjumlah RM 2,000.

Anda perlu berjimat sebanyak 15% dan beli emas sebanyak RM 2,353.

Sekiranya harga emas semasa ialah RM 280 per gram, anda boleh mendapat 8.40357 gram.

Gram emas ini di simpan di Brinks Singapura dengan selamat dan diuruskan oleh syarikat secara patuh syariah atas nama anda. Ianya boleh dipantau melalui akaun simpanan emas anda pada bila-bila masa.


Dari gram emas inilah, anda bole minta cash advance sebanyak 85% iaitu RM 2,000. Duit akan dimasukkan dalam bank akaun anda dalam masa 1 ke 5 hari bekerja. Duit RM 2,000 inilah yang akan digunakan untuk membayar komitmen bulanan.

Jika dilihat dari segi angka, memang kita kena keluarkan duit lebih RM353. Tetapi manfaat yang kita perolehi ialah pegangan emas sebanyak 8.40357 gram dan kita mampu membayar komitmen.Selepas 5 tahun ke 10 tahun, sudah tentu nilai pegangan emas kita akan bertambah.

Katakan 1 gram bernilai RM 400 (andaian). Maka nilai emas kita pada ketika itu ialah RM 3,361. Jika kita nak jual, maka nilai itu akan ditolak dengan RM 2,000 yang kita dapat sebelum ini dan ditolak juga dengan management fees sebanyak 3.5% setahun, yang mana dalam masa 5 tahun bernilai RM 350.

Selepas 5 tahun, nilai cash yang kita ada berjumlah RM 3,361 - RM 2,000 - RM 350 = RM RM 1,011. Berbaloi atau tidak, dengan penjimatan RM 353, lebihan untuk beli emas sebelum bayar duit komitmen, pejam celik pejam celik, harga emas jadi RM 400, kita ada cash RM 1,011 apabila kita jualemas tersebut.

Jadinya, transaksi sebegini boleh dilakukan pada setiap bulan mahupun pada bila-bila masa. Belajarlah ilmu emas, kerana emas tidak boleh buat anda kaya tetapi ilmu emas itulah yang berharga. Register laman web ini untuk tengok-tengok terlebih dahulu dan belajar.