×
Selamat Hari Raya 1444H Dari Kami Semua

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, kita semua meraikan kemenangan menyambut 1 Syawal 1444 pada Sabtu, 22 April 2023.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca Simpan Gold semua.

3 Pesanan ringkas yang menjadi ingatan 

1. Hati-hati Memandu Pulang Ke Kampung

Sebelum memulakan perjalanan, baca doa, semak kenderaan dan bersopan-santun di atas jalan raya. 

Memandulah dengan cara berhemah. Biar lambat sampai, tapi selamat semuanya.

large-jalan-jem1682027326.jpg

2. Elak Dari Makan Berlebihan

Di hari raya ni, pelbagai juadah disediakan. Sudah tentu ianya membuka selera kita. 

Berpada-pada menjamu selera. Berhenti sebelum perut kita penuh supaya tahap kesihatan kita dapat dijaga sebaiknya. 

large-juadah-11682027326.jpg

3. Lupakan Sengketa Lama

Sudah tentu dalam keluarga, dalam bersahabat dan dalam perkenalan, ada yang tersinggung, terkasar bahasa, terlanjur kata.

Sama-ada kita sedar ataupun tidak, bermaaf-maafan lah sesama kita. Mudah-mudahan kemaafan itu memberikan 1001 ketenangan dalam kehidupan kita di masa akan datang.

large-juadah1682027354.jpg

Sampaikan salam ucapan Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin buat kita semua. Kosong-kosong yer.

large-ucapan-raya1682026500.jpg

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah