Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, kita semua meraikan kemenangan menyambut 1 Syawal 1445 pada Rabu, 10 April 2024.
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca Simpan Gold semua.
3 Pesanan ringkas yang menjadi ingatan
1. Hati-hati Memandu Pulang Ke Kampung
Sebelum memulakan perjalanan, baca doa, semak kenderaan dan bersopan-santun di atas jalan raya.
Memandulah dengan cara berhemah. Biar lambat sampai, tapi selamat semuanya.
2. Elak Dari Makan Berlebihan
Di hari raya ni, pelbagai juadah disediakan. Sudah tentu ianya membuka selera kita.
Berpada-pada menjamu selera. Berhenti sebelum perut kita penuh supaya tahap kesihatan kita dapat dijaga sebaiknya.
3. Lupakan Sengketa Lama
Sudah tentu dalam keluarga, dalam bersahabat dan dalam perkenalan, ada yang tersinggung, terkasar bahasa, terlanjur kata.
Sama-ada kita sedar ataupun tidak, bermaaf-maafan lah sesama kita. Mudah-mudahan kemaafan itu memberikan 1001 ketenangan dalam kehidupan kita di masa akan datang.
Sampaikan salam ucapan Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin buat kita semua. Kosong-kosong yer.