×
Cara Berbeza Asingkan Pendapatan Untuk Tabung Hartanah

Kebiasaannya, kita hanya fikirkan untuk menyimpan duit dalam masa 5 tahun untuk membeli hartanah. Ada ke cara lain dan berbeza? Jom kita  baca dahulu kupasan untuk asingkan 30% pendapatan kita.

large-metro-tabung1647813610.png

Sungai Petani: Memiliki rumah sendiri impian setiap individu namun kekangan dalam pengurusan wang menyebabkan ramai tidak mampu membeli hartanah itu.

Pengurusan wang yang tidak cekap menyebabkan ramai pemilik rumah terpaksa membiarkan rumah mereka dilelong disebabkan tidak mampu membayar pembiayaan bulanan.

Penasihat Pejuang Hartanah Shamsurizam Norsham berkata, pemilikan hartanah memerlukan 30 peratus daripada pendapatan utama dan ia perlu diasingkan bagi mengelakkan pemilik hartanah hidup dalam kesengsaraan.

“Kebanyakan orang bersemangat untuk memiliki rumah sendiri, tetapi tidak mampu mencapainya kerana tidak mempunyai wang mencukupi.

“Bagi yang sudah memiliki rumah pula, ada yang perlu berjimat cermat sehingga terpaksa mengikat perut kerana tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik,” katanya dalam sesi perbincangan bertajuk Tabung Hartanah pada Pameran Hartanah MyRumah NSTP 2018 di sini, semalam.

Shamsurizam berkata, mereka yang mempunyai hasrat memiliki kediaman sendiri perlu meletakkan sasaran memulakan simpanan di dalam tabung hartanah masing-masing dan mula memperoleh sumber kewangan tambahan.

Katanya, pendapatan sampingan boleh diperoleh melalui perniagaan sama ada dalam talian mahupun di luar talian.

“Perniagaan juga boleh dilakukan dengan menjual produk digital mahupun fizikal bergantung kepada kemampuan masing-masing.

“Menyimpan secara disiplin dilihat mampu melindungi diri, liabiliti dan aset sekiranya berlaku kematian, selain membantu melangsaikan hutang sebelum membuat pelaburan hartanah,” katanya.

Disiarkan pada: Julai 9, 2018 @ 11:44am di Harian Metro


Guna cara ni bagi mereka yang tak cukup pendapatan untuk menyimpan

Cumanya bukan semua orang boleh asingkan, maklumlah komitmen tinggi, itu nak bayar, ini nak bayar, kadangkala cukup bulan, habis dah... 

Sekarang, tak perlu asing lagi dah, semua pendapatan tukar kepada gold dan CONVERT untuk dapatkan semula 84% bagi membayar semua komitmen.

Gold dapat 100%, syarikat simpankan dalam Holding Inventory dan cash dapat 84% . Holding Inventory adalah Tabung Hartanah dalam bentuk Gold.

large-holding-inventory1647813619.jpeg

Kenaikan harga gold yang dipegang dikira 100% dan kita boleh keluarkan apabila tabung hartanah sudah cukup.

Sebab tu ilmu perlu ditambah setiap hari, supaya kita dapat buat sesuatu yang tidak boleh dilakukan sebelum ni.

Simpan duit di bank akan susut nilainya dalam masa 5 tahun walaupun angkanya sama. Tukar duit kepada bentuk gold, selama 5 tahun akan bertambah nilainya walaupun gramnya sama. Fikirkanlah. Selamatkan Duit Anda, Gandakan Gold Anda. Belajar ilmu gold, register percuma website ini.