×
3 Tempat Simpan Duit Yang Memberikan Pulangan Berbeza

Kebanyakan daripada kita tentunya ada duit simpan untuk kegunaan di masa akan datang. Begitu juga duit yang di simpan boleh diakses apabila berlakunya emergency. 

Ada beberapa cara yang kita boleh simpan duit kita yang mana ianya memberi pulangan yang berbeza.

1. Simpan di Bank

Apabila kita simpan di bank, kita boleh akses duit itu pada bila-bila masa. Menggunakan kad ATM  ataupun membeli produk secara online. Ramai setuju yang  simpan di bank biasanya cepat abis sebab duit depan mata, jadinya keinginan untuk membeli produk yang bukan keperluan itu amat tinggi.

Tambahan pula, jika kita simpan melebihi 5 tahun, duit kita akan berkurang nilainya disebabkan inflasi. Duit yang sama banyak, hanya mampu membeli sedikit produk disebabkan perbezaan harga 5 tahun lepas dengan sekarang.

2. Simpan di Tabung Haji / ASB

Ini salah satu cara kita boleh simpan. Cara ni membolehkan duit simpanan diasingkan dan dengan cara ini, kita boleh dapat dividen 5% ke 10% setahun bergantung kepada keadaan ekonomi. Cara ini juga akan menyebabkan nilai duit kita berkurang disebabkan inflasi. Sebagai contoh, lagi 5 tahun kita nak pergi  menunaikan haji. Nilai yang sama sudah tidak cukup kerana harga naik berbanding 5 tahun lepas.

3. Simpan dalam  bentuk emas

Cara ini jarang dilakukan oleh masyarakat. Jika ada yang melakukannya, mereka akan simpan dalam bentuk gram fizikal di rumah tanpa melihat harga beli & harga jual. Ini juga akan mengakibatkan kita terlepas pandang, berapakah nilai emas itu apabila kita nak jual semula.

Jom kita lihat gambar di bawah:

large-gaebest1649369997.png

Duit yang sama iaitu sebanyak RM 1378.12 boleh menghasilkan nilai gram yang berganda jika di simpan  di syarikat yang patuh syariah serta selamat.Apabila gram yang di simpan itu tinggi, maka kenaikkan harga gold akan memberikan lebihan yang tinggi.

Bayangkan jika harga gold naik RM 10, memiliki 5 gram akan memberikan lebihan duit sebanyak RM 50. Jika memiliki 41 gram akan memberikan lebihan duit sebanyak RM 410. Modal simpan tetap sama.

Cara ini memberikan keuntungan antara 30% ke 50% dalam jangka masa 2 ke 3 tahun bergantung kepada kenaikan  harga emas.

Cara ini memerlukan ilmu untuk dipelajari. Jika anda berminat untuk belajar cara ini, anda boleh Register laman web ini terlebih dahulu dan hubungi mereka yang berkelayakan untuk menerangkannya kepada anda di ruangan dashboard.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah