×
Elak Klik Link Pelik Untuk Selamatkan Duit

Elakkan tekan link yang bermula dengan 'http'. sangat bahaya. Website yang ada S iaitu https ada elemen secure berbanding yang tiada. Smartphone anda boleh kena hack atau virus nanti. 

Tengok contoh di bawah, gambar Milo, jenama terkenal, tetapi hanya http dan bukan link milo.


Mereka akan pancing dengan tawaran hadiah supaya apabila disebarkan di whatsapp, mereka yang jenis tak baca betul-betul akan klik.

large-whatsapp-image-2023-03-30-at-0859251680240034.jpeg

Ada yang dah kena potong dari bank, RM 10.07 berkali-kali. 

Apabila kita klik link tu, ada kemungkinan password anda akan diambil oleh hacker dan mereka boleh akses facebook anda dan seterusnya buat pembelian online.

Langkah keselamatan tambahan, pastikan ada tukar password 3 bulan sekali, buat password yang susah pada fb, email, on notification pada setiap transaksi bank dan elak save info kad debit/credit pada website yang anda tak tahu.

Sebarkan artikel ini kepada keluarga anda dan sahabat seramai mungkin.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah