Berita Baik untuk kakitangan kerajaan yang ingin memasang sistem solar bagi penjimatan elektrik!
Elakkan stress selepas bersara dengan pemasangan sistem solar. Selepas bersara tidak perlu membayar lagi bil elektrik yang tinggi atau hanya bayaran minima bagi penggunaan elektrik selepas pemasangan sistem solar.
Green Energy Generation Sdn Bhd mampu merealisasikan impian anda di masa hadapan dengan penjimatan kos elektrik sekarang melalui pemasangan sistem solar.
Cerita Jimat Kos Elektrik dari Perkongsian Tuan Fuad Latip
Bil bulan MEI 2022 hanya RM15.80 sahaja.
Bil sebelum Nov 2021 (Sebelum pasang solar): RM450 - RM700 sebulan
Bil selepas Nov 2021 (Selepas pasang solar): RM15.80 - RM210.
Bila ada sistem tenaga solar, jika kita tiada di rumah, ia bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga elektrik tetapi juga dalam masa yang sama, solar panel akan menjana tenaga elektrik dan menyimpannya di sistem grid TNB yang dikenali sebagai tenaga yang dieksport.
Hampir dua minggu saya berada di kampung bulan lepas.
Bulan ini bil elektrik hanya RM15.80.
Mungkin dikatakan "memanglah dah 2 minggu tiada rumah". Tetapi ketika kami di rumah, aircond (2.5hp) memang on siang malam waktu cuti dan sebelah malam on aircond bermula 7pm sampai lah ke 6am.
Pengering baju (dryer) pun digunakan ikut sesuka hati bila ada baju yang dibasuh.
Bermakna 2 minggu memang menggunakan elektrik sesuka hati sebab hari terlalu panas.
Cuma hari bekerja dan sekolah, solar akan eksport banyak tenaga antara 7am-5pm dan akan digunakan semula pada waktu malam kecuali jika tenaga solar tidak cukup dan barulah tenaga dari TNB akan digunakan secara auto.
Solar adalah penjimatan tenaga tetapi bukan jimat wang. Jika kita berbual tentang wang, solar adalah satu pelaburan.
Dalam pelaburan, kita perlu keluarkan wang untuk tujuan menggandakan wang. Biasanya dalam jangka masa yang panjang.
Pelaburan dengan tenaga solar adalah sama seperti pelaburan di ASB, saham dan instrumen lain. Namun pulangan pelaburan solar adalah sekitar 15%-20% setahun.
Tetapi bukankah bil kita kurang setiap bulan dan ia satu penjimatan? Tidak benar sebab kita sudah mengeluarkan wang untuk memasang sistem solar. Jadi di mana jimatnya?
Maka memasang sistem solar perlu diuruskan sebagai satu pelaburan. Barulah kita akan berusaha untuk mendapatkan ROI kembali setiap bulan dan kemudian barulah selepas mendapat ROI, kita akan menerima keuntungan 100% setiap bulan.
Pembiayaan pemasangan sistem solar hanya untuk kakitangan kerajaan melalui pinjaman daripada Bank Rakyat yang akan diuruskan oleh Green Energy Generation Sdn Bhd.
Bagi mengetahui info dengan lebih lanjut, anda boleh klik butang whatsapp di bawah. Kongsikan artikel ini kepada keluarga, sahabat & jiran tetangga untuk penjimatan serta pelaburan tenaga di masa akan datang.