×
Untung Tengok @ Untung Gold : Mana Satu Pilihan Anda?

Ramai antara kita terlepas pandang  berkaitan harga beli gold untuk mereka miliki.  Ada yang untung tengok dan ada yang untung gold. Anda yang mana satu?

Harga gold semasa LME (London Metal Exchange) 11 April 2022 Jam 5am ialah  RM 264.33

Jom kita tengok kira-kira di bawah:

Harga Gold Kita Simpan Sendiri

large-harga-qm1649624945.png

Harga Syarikat Jual : RM 368.74
Harga Syarikat Beli : RM 256.40

Beza  Harga :  RM 112.34
% Balik Modal :  30%
Bermaksud, apabila harga gold naik sebanyak 30%,  baru balik modal jika kita nak jual balik. Persoalannya, berapa lama kita perlu tunggu?

Harga Gold Syarikat Simpankan

large-harga-qm-11649624944.png

Harga Syarikat Jual : RM 282.84
Harga Syarikat Beli : RM 264.33

Beza  Harga :  RM 18.51
% Balik Modal :  7%
Bermaksud, apabila harga gold naik sebanyak 7%,  baru balik modal jika kita nak jual balik.

Antara 30% dan 7% kenaikan harga, yang  mana satu untung terlebih dahulu?

Kenapa simpan sendiri lebih tinggi harganya berbanding syarikat simpankan?

Apabila kita simpan sendiri, kita boleh pegang, kita boleh tengok. Untung tengok tanpa kita ketahui yang kita memerlukan 30% kenaikan harga untuk balik modal.

Terdapat kos-kos seperti packaging, minting, storage, insuran perjalanan dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan harganya sebegitu. 


Kenapa syarikat simpankan lebih rendah & selamat?
Emas yang kita beli adalah berbentuk jongkong dan mempunyai cert dan diplotkan mengikut jumlah gram yang kita beli. Oleh itu, kos-kos seperti minting, packaging dan sebagainya sudah dikurangkan. Ia juga patuh syariah kerana emas fizikal itu ada dan milik kita. Pada bila-bila masa kita boleh request emas itu untuk dihantar ke rumah kita.
Pembelian emas di syarikat boleh dibeli secara online, sejumlah nilaian emas dalam gram yang setara dengan belian tersebut akan dikreditkan terus ke akaun  emas.

Emas fizikal  amat selamat kerana ianya disimpan di BRINKS iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang mengendalikan peti simpanan barangan berharga yang terkemuka di seluruh dunia. Emas pelanggan juga telah diinsuranskan 100% dengan syarikat antarabanga iaitu LLOYD’s London.

Pilihan di tangan anda. Anda boleh pilih sama-ada nak simpan sendiri atau syarikat simpankan. Kedua-dua cara ini membolehkan anda memiliki  emas fizikal dan membolehkan anda jual kembali ataupun pajak. 

Tambah ilmu emas anda dengan cara register percuma laman web ini dan anda boleh Register Akaun QM GOLD secara percuma. Caranya, register/login dan lihat diruangan dashboard. 

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah