×
Untung Emas Bukan Terletak Pada Harga Rendah Semata-mata

Ramai antara kita suka tunggu dan lihat untuk memiliki emas. Ramai juga tunggu untuk harga emas turun, baru nak beli emas.

Tahukah anda, ada perkara yang lebih utama dalam menentukan keuntungan emas yang kita miliki.


Jom kita tengok buktinya.

Ahmad dan Ali membeli emas pada masa yang sama.

Ahmad membeli dan memiliki 2 gram emas.

Ali membeli dan memiliki 10 gram emas.

Jika dalam masa 30 hari, harga emas naik sebanyak RM 5, maka lebihan dari kenaikan harga emas untuk kedua-dua mereka ialah:

Ahmad : 2 gram x RM 5 = RM 10

Ali : 10 gram x RM 5 = RM 50

Jelas dapat dilihat, kenaikan harga emas yang diperolehi Ali lebih RM 40 daripada Ahmad, walaupun kenaikan dan masa memiliki emas itu sama.

Persoalannya adalah Ali mengeluarkan modal yang lebih besar dari Ahmad kerana membeli dan memiliki 10 gram.

Dapat dilihat dengan jelas, pemilikan gram yang lebih banyak, menghasilkan lebihan nilai emas tersebut.

Terdapat cara, bagaimana kita boleh memiliki gram emas yang lebih menggunakan modal yang sama.

Sebagai contoh, harga emas 1 gram bernilai RM 280. Maka 2 gram pula bernilai RM 560.

Dengan bermodalkan RM 560 ini, kita boleh memiliki 10 gram pemilikan emas menggunakan kemudahan yang disediakan dalam akaun simpanan emas tersebut.

Melalui cara ini, kita boleh memiliki gram emas yang lebih dengan menggunakan modal terhad. Walaupun kemudahan pemilikan emas yang diberikan itu, perlu dipulangkan semua, namun, kenaikkan harga emas itu milik kita 100%.

Dengan cara ini, kenaikan harga emas sudah mampu menampung sedikit 'management fees' yang dikenakan.

Melihat kepada gambarajah di bawah, naik turunnya harga emas, membuka peluang kepada kita untuk memiliki seberapa banyak gram emas menggunakan duit pakai mahupun duit simpan kerana, jika harga emas naik, kita ada lebihan wang.

Usah dirisau, jika harga emas turun, kita masih memiliki gram emas tersebut dan hanya perlu tunggu harga emas naik kembali.

large-harga-emas-simpan-gold1673301352.jpg

Lihat sahaja graf harga pada tahun lepas dan tahun ini, ada masa ianya menaik dan ada masa ianya menurun. Kesimpulannya, untung emas adalah pada masa membeli kerana ketika kita beli itulah, gram kita akan bertambah.

Nak belajar pelbagai ilmu emas dan cara terbaik untuk memiliki gram emas dengan banyak? Sila klik butang di bawah untuk register secara percuma.


Jika bukan sekarang, bila lagi. Jika bukan anda, siapa lagi.