Ada satu kes study di mana penjualan barang kemas yang lama di ganti dengan yang baru, tetapi gram yang dapat jauh lebih banyak dari sebelumnya. Kisahnya begini.
1. Jual Barang Kemas Lama
Apabila barang kemas sudah rosak, atau ketinggalan zaman, kita boleh jual barang kemas tersebut di kedai yang membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada kedai-kedai lain.
Gram yang diperolehi dengan penjualan tersebut ialah 71 Gram dengan hasil jualan sebanyak RM 16,700
2. Beli kembali emas 999
Hasil jualan itu, sebahagian kecil beli emas 999 daripada syarikat yang boleh gandakan gold, dapatlah 77.72 gram. Ini berlaku disebabkan syarikat menguruskan pembiayaan secara automatik sebanyak 10 kali ganda daripada modal simpanan kita untuk simpan gold.
Oleh sebab itu, dengan bermodalkan RM 2781.23, kita boleh memperolehi sebanyak 77 gram emas. Kita perlu tunggu sehingga harga emas naik dan membolehkan net cash Out melebihi daripada modal simpan.
Pembayaran dilakukan kepada syarikat secara online & emas boleh dipantau melalui akaun simpanan emas yang patuh syariah.
Baki daripada hasi membeli gold 999 itu tadi berjumlah RM 13,918.77. Baki ini lah, kita beli kembali barang kemas yang baru.
3. Beli barang kemas baru
Jom kita tengok, berapa gram yang boleh diperolehi.
Kita memperolehi sebanyak 50.38 gram apabila berbelanja sebanyak RM 14,300. Lebih sedikit daripada baki jualan barang kemas.
Walaubagaimana pun, aset pemilikan barang kemas yang pada awalnya sebanyak 71 gram, apabila dijual dan ditukarkan kepada barang kemas baru, ianya bernilai 77 gram + 50 gram = 127 Gram.
Sangat berbaloi-baloi dan apabila harga emas naik, maka ada lebihan daripada emas 999 yang kita beli itu dan mudah untuk dijual kembali kepada syarikat secara online.
Inilah salah satu ilmu emas yang harus dikuasai oleh mak-mak di luar sana yang gemar tukar barang kemas setiap tahun dengan mendapat keuntungan daripada pembelian emas 999 menggunakan hasil jual barang kemas lama.
Jom pelajari pelbagai lagi ilmu emas dengan cara register percuma laman web ini.