×
Tips Simpan Duit Raya Anak Cara Bijak

Ramai orang tertanya-tanya, kat mana nak simpan duit raya anak yer?

Harus diingat, duit raya anak merupakan duit mereka dan kita dipertangungjawabkan untuk menjaga dan menggunakannya di masa hadapan untuk kegunaan anak itu sendiri.


Ramai orang memberikan pelbagai cadangan, ada yang simpan di ASB, Tabung Haji, ada yang kata simpan di SSPN, ada yang suh beli gold bar dan selebihnya, berilah peluang untuk anak-anak beli apa yang mereka inginkan.

Kesemua cara itu tidak salah, yang penting duit raya tidak habis begitu sahaja.

Jom saya kongsikan, bagaimana saya menguruskan duit raya anak-anak secara bijak.

1. Tukar Duit Raya Dalam Bentuk Emas

Kenapa saya pilih emas? Sebab nilai emas meningkat nilainya dalam jangka masa 5 ke 10 tahun akan datang.


Total duit raya ialah RM 332.76, saya beli emas menggunakan akaun simpanan emas. Boleh beli secara online, selamat & patuh syariah.

Saya dapat 1.10159 gram emas. Emas ini diuruskan penyimpanannya oleh pihak syarikat.

Jika saya beli emas dan nak simpan sendiri, memang saya tak dapat emas sebanyak ini sebab ada kos packaging & kos minting. 

Bezanya lebih mahal antara RM 50 ke RM 80 untuk 1 gram emas.

2. Gunakan Kemudahan Gold Convert

Melalui akaun simpanan emas tadi, saya boleh memohon untuk mendapatkan tunai sebanyak 85% daripada nilai emas yang saya beli itu tadi.

Maksimum saya boleh memohon kemudahan gold convert ialah RM 283. Ia mengambil masa 1 ke 5 hari bekerja untuk wang itu masuk ke dalam bank akaun.

large-akaun-qm-percuma1681436874.jpg

3. Pegangan Aset Emas Tetap Ada

Kini pegangan emas saya sebanyak 1.10159 gram tetap ada dan nilainya akan meningkat di masa akan datang. 

Lagipun aset emas ini akan saya jual kembali dalam masa 5 ke 10 tahun untuk menampung pendidikan anak-anak.

Apabila nilai emas semasa (current value) melebihi nilai emas yang saya beli, maka di situ, lebihan wang akan saya terima di masa akan datang yang tertera di Net Gain.

Net Cash Out pula ialah nilai wang yang akan saya terima apabila saya jual emas itu kembali setelah syarikat tolak nilai convert (tunai yang saya terima) & management fees daripada nilai emas semasa yang telah meningkat nilainya.

4. Tunai Pun Ada Juga

Nilai tunai yang saya terima daripada kemudahan gold convert akan saya masukkan kembali ke dalam ASB. 

Walaupun nilainya berkurang 15%, tetapi saya tetap ada pegangan emas 100% yang akan meningkat jumlahnya.

Harus di ingat, nilai tunai yang disimpan antara 5 tahun ke 10 tahun, walaupun nilainya sama tetapi disebabkan harga barang yang meningkat, kita tidak dapat memiliki barang yang sama yang dibeli 10 tahun lepas.

Oleh itu, anda boleh pelajari cara ini dan melakukannya demi masa depan anak-anak.

large-register-sg-31680407404.jpg