×
Tetap Berbaloi Beli Emas Pada Harga Tinggi

Kebiasaannya ramai membeli emas ketika harga rendah. Persoalannya, adakah kita tahu bila harga emas itu betul-betul rendah? Tiada siapa pun yang tahu. 


Kita perlu merujuk harga emas pada hari ini & dibandingkan dengan harga 5 tahun akan datang, bukannya dibandingkan pada hari-hari yang lepas.

Robert Kiyosaki pernah berkata, untung emas adalah ketika membeli, bukannya ketika menjual sebab pegangan gram itu yang lebih utama. Salah-satu cara untuk tetap berbaloi walaupun kita beli pada harga yang kita rasa tinggi ialah menggunakan strategi DCA (Dollar Cost Averaging)

large-dollar-cost-average1648807844.jpeg

Tengok dengan teliti gambarajah di atas. Bagaimana 2 keadaan yang menunjukkan harga belian kita akan lebih rendah daripada belian 1 ataupun belian 2.

Oleh itu, sekiranya kita ingin membeli emas untuk tujuan simpan selama 2 ke 3 tahun, kita boleh gunakan teknik ini, beli seunit-seunit pada harga yang berbeza, akan dikira average walaupun selepas belian pertama, harga menaik.

Semoga panduan ini membolehkan anda memaksimakan simpanan emas sebagai aset jangka masa sederhana dan digandakan.

Ingat, belajar dulu sebelum membuat pembelian emas. Ingin belajar lebih mendalam berkaitan ilmu emas? Sila register percuma laman web ini yer.