×
Teknik Baca Graf Gold Untuk Orang Yang Baru Belajar

Kebiasaannya, jika sebut pasal graf, ianya lebih tertumpu kepada teknikal analysis. Ia memerlukan ilmu yang mendalam di samping perlu tahu term-term yang  komplex.

Terdapat cara mudah untuk  baca graf bagi mereka yang baru belajar dan berjinak-jinak dalam nak menyimpan gold.

Jom kita tengok graf di bawah.

large-tambah-aset-gold1649277578.png

Graf gold ni boleh dilihat di laman web https://goldprice.org/live-gold-price.html

Time frame yang  digunakan ialah 12H iaitu 12 jam. Anda boleh tukar time frame untuk lihat bentuk graf yang berbeza. Cuba tukar kepada 5M untuk melihat graf gold harian.

Jom analisa harga gold yang lepas. Dari 2 Feb 2022  hingga 9 Mac 2022, harga gold meningkat, kemudian menurun  sehingga 15 Mac 2022. Selepas itu ia mendatar sehingga 7 April 2022.  Sekejap naik sekejap turun. Jadinya, apabila ia dalam keadaan turun, ianya merupakan peluang untuk kita tambah aset gold. 

Jika kita ingin simpan dalam jangka masa panjang, kebiasaannya kita tidak tengok harga gold, sebab kita beli gold, bukannya nak jual pada esok hari atau jangka masa terdekat. Secara purata jangka masa panjang, kebiasaannya harga gold akan meningkat.

Gunakan konsep PELUANG KEDUA.

Di bawah merupakan 2 contoh graf yang menunjukkan peluang kedua pada harga rendah.

large-peluang-ke-21649278428.jpeg

Jika dalam satu-satu jangka masa tu, tiba waktunya harga turun selaras dengan yang pertama, maka kita boleh BELI. Walaupun harga lepas tu akan turun lagi, kita tak peduli, sebab itu peluang kita nak dapat harga paling rendah dalam jangka masa tersebut pada ketika itu.

Jika harga gold turun lagi, kita beli lagi, jika naik, kita sudah membeli.

Ni satu lagi contoh harga gold peluang ke dua.

large-peluang-ke21649278428.jpeg

Harga gold pula, kita boleh gunakan formula per oz tukar kepada per gram. Nilai oz bahagi dengan 31.1. Contoh 1,805 / 31.1 =  58.04 USD per gram. Nak tukar ke RM,  boleh darab dengan currency USD ke MYR.

Diharapkan dengan sedikit panduan ini, kita boleh belajar dan tahu pergerakan gold dan mengambil keputusan yang bijak. Tiada siapa pun tahu harga gold di masa akan datang, cumanya merujuk kepada masa lepas,  pada ketika ini, itulah peluang ke dua yang boleh kita rebut, tidak kisah selepas itu harga akan naik ataupun turun.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah