×
Solusi Digital - Boleh Beli Emas Pada Bila-bila Masa

Sejak zaman tok nenek kita lagi, mereka sudah tahu akan kepentingan menyimpan emas sebagai salah satu nilai yang berharga. Soalnya, mengapa kita perlu ada solusi digital dalam memilikinya?

Jika dilihat dari segi harganya, ia di selia oleh LME (London Metal Exchange),  yang menjadi rujukan seluruh dunia, dalam menentukan harga emas yang berubah setiap saat. Atas sebab itu lah, solusi yang terbaik untuk memilikinya ialah dapat membeli pada bila-bila masa ketika harga terendah dalam jangkamasa tertentu.

large-harga-rendah1652305767.png

Merujuk harga yang dipamerkan di  atas, yang boleh anda lihat di   https://goldprice.org/live-gold-price.html , harganya berubah setiap saat. Pada 11 Mei 2022, Bermula jam 8.30pm, harga mula turun. Pada jam 8.50pm hingga 9.05pm, harga terendah dicapai sebelum ia naik kembali. Pada jam 9.20pm, harganya kembali sama ketika jam 8.30pm.

Harus diingat, jual beli emas mestilah dilakukan pada harga spot, harga semasa, bagi memenuhi syarat kepatuhan syariah.  Pada ketika ini, nak beli emas, kedai emas sudah tutup. Bank juga sudah tutup. Mana mungkin kita boleh memiliki emas pada ketika itu. Sebab itulah solusi digital ini penting, membolehkan kita membeli emas secara online dan memilikinya.

large-gold-cert1652306356.png

Rajah di atas menunjukkan pembelian emas secara online daripada salah sebuah syarikat jual beli emas di Malaysia. Emas 999 di beli dan diuruskan oleh syarikat untuk disimpan di peti besi brinks dalam keadaan selamat & patuh syariah. Ada emas fizikalnya dan direkodkan secara online dalam Gold Storage Account supaya kita boleh akses pada bila-bila masa untuk melihat harga & jumlah simpanan emas yang dibeli secara berperingkat.

Kini, zaman telah berubah, daripada zaman fizikal kepada zaman digital. Marilah sama-sama kita terima perubahan ini supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Tidak mustahil, dalam masa 5 tahun lagi, semua rakyat Malaysia sudah pun memiliki akaun simpanan emas sendiri.

Ambil tahu dan ambil peluang untuk buka akaun simpanan emas secara percuma untuk melihat dan mempelajarinya. Boleh memiliki emas bermula serendah RM 10 sahaja bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman membeli emas secara online.

Klik butang /menu Register  untuk mempelajari pelbagai ilmu berkaitan emas. Harga emas naik dan turun bukanlah menjadi penghalang untuk kita memiliki emas, sebab kekuatan emas ialah  berapa banyak gram emas kita miliki tanpa melihat harga pada ketika itu kerana dalam jangka masa panjang, emas sentiasa meningkat harganya dari tahun ke tahun.