×
Mula Tahun 2023 Dengan 3 Azam Yang Mampu Mengubah Kehidupan

Di awal tahun 2023, ramai memasang azam baru untuk membawa kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Di sini, kita usaha untuk melakukan 3 perkara yang merupakan antara terpenting dalam melalui hari-hari mendatang.

1. Kukuhkan Ekonomi Keluarga

Suka ataupun tidak, tahun 2023 akan menjadi lebih mencabar setelah kelembapan ekonomi 3 tahun lepas dalam menghadapi Covid19.

Kita kena mencari peluang pendapatan kedua yang tidak memerlukan modal banyak mahupun masa yang panjang untuk melakukannya. 

Antaranya ialah melalui akuan simpanan emas, kita boleh dapatkan extra income dengan cara memperkenalkan ilmu emas kepada ramai dan juga menyimpan emas untuk mendapatkan extra wang di masa akan datang.


2. Lebihkan Aktiviti Jaga Kesihatan

Apabila meningkatnya usia kita, maka segala pergerakan akan terbatas dan wang lebih diperlukan untuk merawat. Oleh itu mencegah lebih baik daripada mengubati.

Banyakkan langkah pergerakan dan senaman disamping menjaga makanan yang di makan. Pilih makanan yang baik dan amalkan suku suku separuh supaya apa yang masuk dalam badan itu mengandungi nutrien yang lengkap diperlukan seharian.

Kurangkan ambil makanan berminyak, berlemak serta minuman manis. Cuba untuk kurangkan berat badan ke angka ideal.


3. Lapangkan Masa Bersama Keluarga

Jika kita mampu memperolehi income tambahan, ditambah pula dengan keadaan badan yang sihat, cergas dan bertenaga, maka perjalanan kehidupan kita akan lebih baik.

Gunakan masa sebaiknya untuk bersama keluarga kerana hidup di dunia ini singkat. Pejam celik pejam celik, sudah di awal tahun. 

Dunia ini untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan. Lalui dengan usaha dan kesungguhan serta fokus kepada penyelesaian masalah dengan tindakan. Berkat doa semua, perjalanan kehidupan kita dipermudahkan. InsyaAllah.


Banyak kelebihan yang diperolehi apabila kita berazam untuk melakukan 3 perkara di atas.

Mari kita mulakan dengan membuka akaun simpanan emas yang boleh membuatkan kita memiliki aset yang boleh bertambah nilainya disamping memudahkan duit tukar kepada emas dan emas tukar kepada duit secara mudah, selamat dan patuh syariah.

Duit bertambah, badan sihat seterusnya membawa kepada masa yang lapang untuk keluarga tersayang.

Jom buka akaun simpanan emas secara percuma sekarang. Tengok-tengok dulu dan anda boleh mula membeli emas secara online bermula serendah RM 10 sahaja. Nothing to lose.


Jika bukan anda, siapa lagi. Jika bukan sekarang, bila lagi. Anda boleh hubungi mereka yang berkongsi artikel ini untuk info lebih lanjut.