×
Ketahui Cara Gandakan Duit Selain Simpan Di ASB

Semua orang ada impian yang hendak di capai dalam tempoh 5 tahun ke 10 tahun. Ada yang nak pergi umrah, ada yang nak pergi holiday dan ada juga yang nak beli rumah pertama.

Secara asasnya, kita akan simpan duit kita di ASB atau Tabung Haji, dengan harapan, bergandalah duit tu. Persoalannya, berapa banyak pertambahan duit dalam masa 5 tahun? Jom kita tengok dividen ASB yang diberikan pada setiap tahun.

large-dividen-asb-20211647037984.png

Sekiranya kita ada RM 100,000 dalam ASB, kita akan dapat dividen sebanyak 7% iaitu RM 7,000 (Pengiraan pada tahun 2018).

Jom kita tengok cara lain simpan duit

Katakan dengan nilai RM 100,000 ini, kita tukar duit kita dan pindahkan ke akaun simpanan gold, kita berpeluang mempunyai nilai gold sebanyak 1 juta. Yer RM 1,000,000. Wow, dah jadi jutawan. Macamana tu?

Contoh Jika Anda Simpanan Minimum Serendah RM 1,375

Contoh Termudah, kita ada wang tunai, RM 1,375. Kita nak tukar duit ni dan pindahkan ke akaun simpanan gold. Lalu dengan wang itu, kita beli gold  bernilai 250 USD. Secara automatik, syarikat akan berikan pembiayaan patuh syariah sebanyak 2250 USD, menjadikan 2500 USD. Jadinya, 2500 USD inilah, syarikat akan tukarkan dalam bentuk gold mengikut harga semasa dan mereka simpankan gold tersebut. Kita boleh lihat grammage gold kita melalui sistem yang disediakan.

Jika dilihat daripada portfolio gold di bawah, dengan simpanan sebanyak anggaran RM 1,375 (USD 250 = RM 1,045 tambah  Management Fees USD 78.75 = RM 330 Setahun), pegangan gold kita  lebih kurang 42 gram yang bernilai anggaran RM 10,450 ketika pembelian harga rendah. Bila harga naik, ia menjadi  RM 11,249.15.

large-potfolio-gold1647038576.png

Walaupun kita  mendapat pembiayaan daripada syarikat, kita tidak perlu membuat bayaran bulanan. Kita boleh biarkan sahaja sehingga harga gold naik. Semua sedia maklum, dalam jangka masa 3 ke 5 tahun, harga gold akan meningkat.  Dalam tempuh gold itu disimpan oleh syarikat, kita dikenakan management fees sebanyak USD 78.75 setahun iaitu sekitar RM 330, kurang dari RM 1 sehari untuk 2250 USD yang kita dapat tadi.

Masa silih berganti, harga gold meningkat. Kita boleh jual kembali pegangan gold tersebut.

large-profit-gae1647037984.png

Apabila kita nak jual, keuntungan yang kita  perolehi bergantung kepada kenaikan harga gold. Jika harga naik kurang dari setahun, kita akan mendapat refund management fees. Sebagai contoh di atas, refund yang diperolehi ialah USD 65.69 dan fees yang dikenakan setakat artikel ini ditulis pada 12 Mac 2022 ialah USD 78.75 - USD 65.59 =  USD  13.16.

Keuntungan kita atas simpanan gold tadi sebanyak USD 419.17 - USD 250 =  USD 169.17. Di tolak pula dengan management fees sebanyak USD 13.16 menjadikan keuntungan bersih sebanyak (USD 169.17 - USD 13.16 =  USD 156.01) iaitu RM  652.90.

Adakah berbaloi untuk kita tukar duit kita kepada bentuk gold , digandakan gold tersebut dan syarikat beri pembiayaan dan simpankan? 

1 Nov 2021 hingga 12 Mac 2022 menyimpan sudah ada lebihan tunai jika dijual gold tersebut. Bayangkan jika  harga gold meningkat lagi dan simpanan kita lebih daripada 1 unit. Angka  yang dipaparkan adalah mengikut nilai gold semasa artikel ini ditulis termasuk nilai tukaran wang asing. Ianya  boleh berubah sedikit bergantung kepada nilai2 tersebut.


Menarik bukan? Nak buat cara ni? Nanti dulu. Bahagi-bahagikan duit simpanan anda, separuh di ASB sebab mudah akses dalam keadaan emergency & separuh lagi dalam bentuk gold yang mana anda kena tunggu kenaikan harga gold melebihi 5% untuk dapat lebihan  duit yang mana kita tidak tahu bila masanya. Mungkin sebulan, 6 bulan mahupun setahun atau dua tahun.

Anda kena belajar terlebih dahulu dengan cara register percuma dan enroll courses 5 langkah mudah simpan gold. Terdapat pelbagai video dan informasi yang berkaitan. Ilmu gold inilah akan membuatkan anda lebih yakin dan memahami sebelum anda mula menyimpan & gandakan gold anda.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah