×
Harga Gold Dunia Berbanding Harga Gold Kita Beli

Produk Gold, Harganya berubah-rubah mengikut pasaran semasa.

LBMA Perth Mint Minted Gold Bar adalah jenis gold yang dikawal kualitinya oleh badan induk dunia. LBMA adalah ringkasan dari ‘London Bullion Market Association’ yang berpusat di London.

LME adalah ringkasan dari London Metal Exchange, badan yang menjadi rujukan harga gold dari seluruh dunia. Sebagai contoh, formula harga 1800 dalam USD per once ialah 1800/31.1 = 57.88 USD per gram.


3 Jenis Harga yang dihasilkan merujuk kepada harga LME Spot (Spot bermaksud semasa).

1. Harga Belian oleh Syarikat (Harga kita jual)

Harga ini akan merujuk kepada harga LME Spot. Ada juga syarikat yang membeli dengan harga yang lebih rendah daripada harga LME. Kadangkala ianya dinamakan Mark Down. Contohnya, kita tanya di kedai emas, berapa harga barang kemas ni? Harganya di tolak 15% ke 25% dari harga semasa.

2. Harga Jualan Syarikat (Harga Kita Beli)

Harga jualan juga akan merujuk kepada harga LME Spot, tetapi ada Spread. Spread ialah beza harga LME Spot dengan harga jual. Sebagai contoh, ada syarikat menjualnya lebih 10% dari harga LME. Ada juga, 9%, 7%, 4% dan ada juga yang serendah 3% dari harga LME Spot.


3. Harga gold Fizikal simpanan sendiri

Harga gold ini ada premium cost iaitu tambahan kepada harga jualan. Premium cost ni merupakan kos pembuatan gold, acuan, brand kepada gold dan packaging. Premium cost ini berbeza antara setiap syarikat. Sebab itulah, harga 1 gram gold fizikal ini lebih tinggi daripada harga jualan sebab terdapat kos-kos gold fizikal itu dibentuk, dipack dan dihantar kepada pemiliknya.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah