×
Elak Emas Kena Lelong Sebelum Beli Barang Kemas

Ramai antara kita membeli barang kemas 916 disebabkan kita boleh pakai sebagai perhiasan. 

Ada juga suami yang membelikan emas untuk isteri surihati mereka sebagai hadiah. 

Mengapa barang kemas dipilih? Kerana ia merupakan produk yang boleh dipajak gadai sekiranya kita memerlukan tunai dalam keadaan terdesak untuk menampung kehidupan seharian.

Namun ramai yang terlepas pandang, terdapat kos upah simpan antara 1% ke 2% dikenakan setiap bulan. 

Juga sekiranya kita tidak boleh tebus emas itu dalam tempoh maksimum 18 bulan, ada kemungkinan emas itu akan dilelong.

large-gadai-emas1682721950.png

Bagaimana caranya nak mengelakkan ianya di lelong? Kita kena pastikan supaya kita ada duit yang cukup untuk tebus kembali emas tersebut. 

Persoalannya, adakah ianya berjaya dilakukan? Jika kemungkinan itu tidak mampu berlaku, maka sebelum beli emas, kita kena buat cara yang akan saya terangkan di bawah.

Sebagai contoh, kita nak beli barang kemas bernilai RM 10,000. Sebelum beli emas tersebut, kita boleh sediakan tunai sebanyak RM 11,765.

Kita boleh buka akaun simpanan emas dan membeli emas 999 sebanyak RM 11,765. Daripada gram emas yang di beli mengikut harga semasa, kita boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan FlexiGold sebanyak 85% tunai iaitu RM 10,000 daripada jumlah tunai yang kita beli tadi (RM 11,765)

large-convert-10k1682721941.png

Setiap transaksi di atas, bernilai RM 1,000 yang di buat di antara 30 Okt 2022 hingga 3 Nov 2022.

Melalui pegangan emas sebanyak 44 gram, sebanyak RM 10,000 tunai boleh diperolehi tanpa menjual pegangan emas yang ada.

Disebabkan itu, maka kenaikkan emas pada hari ini (29 April 2023) telah menghasilkan keuntungan setelah tolak fees sebanyak USD 464.63 bersamaan RM 2,074.57 dengan FX bernilai RM 4.465 per USD 1.
Keuntungan ini dikira daripada nilai emas sebelum tolak spread 7% ketika kita beli.

Buka akaun simpanan emas percuma terlebih dahulu untuk mempelajarinya dengan nilai yang kecil beserta bimbingan.

large-akaun-qm-percuma1681436874.jpg

Kesemua nilai-nilai ini tidak sama dengan setiap kes sebab ia bergantung kepada masa dan harga belian dan juga harga emas semasa apabila kita nak jual kembali.

Bayangkan jika kita biarkan dalam jangka masa 5 ke 10 tahun? Sudah tentu nilainya akan meningkat dengan lebih lagi.

Walaupun barang kemas yang kita beli itu dilelong sekali pun, yang dibeli bernilai RM 10,000, tetap kita akan dapat keuntungan daripada emas yang dibeli melalui akaun simpanan emas sebanyak 44 gram itu tadi.

Ianya agak rumit sedikit, walaupun begitu, kita boleh mempelajarinya dari masa ke masa melalui website Simpan Gold ini dan ianya berbaloi-baloi.

large-register-simpan-gold1680642427.jpg

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah