×
Cara Elak Rugi Apabila Beli Emas Guna Belanja Hangus

Apa itu belanja hangus? Ia merupakan duit komitmen, duit pakai ataupun duit belanja yang apabila kita gunakan, maka nilai duit itu akan habis.

Sebenarnya, kita boleh beli emas untuk tambah gram emas menggunakan belanja hangus.

Cumanya kita kena ada ilmu sebelum berbuat demikian supaya kita tidak rugi dikemudian hari.

Jangan sampai disebabkan kita beli emas tanpa ilmu, kita rugi & duit kita hangus.

grid-no-money1665538062.png

Senario 1
Katakan kita nak bayar duit ansuran kereta sebanyak RM 850. 

Jika kita bayar begitu sahaja, ianya akan hangus. Tetapi jika kita beli emas sebanyak RM 1,000 iaitu lebih RM 150 dari duit ansuran kereta, maka kita boleh dapatkan kemudahan Gold Convert dan  RM 850 tunai masuk dalam bank akaun.

Anggaran gram tersimpan ialah 3.24858 gram bergantung kepada harga emas semasa.

Persoalannya, adakah kita mempunyai duit lebih RM 150 untuk membeli emas RM 1000 dan dapatkan kemudahan sebanyak RM 850 tunai?

grid-whatsapp-image-2022-10-06-at-75820-am1665014322.jpeg

Senario 2

Katakan kita mempunyai duit simpan sebanyak RM 150. Kita boleh beli emas sebanyak RM 150 untuk di simpan.

Kira duit pakai maksimum yang diperlukan iaitu 5.67 x RM 150 = RM 850. (Anggaran)

Kita boleh gunakan RM 850 yang perlu digunakan untuk membayar ansuran kereta untuk membeli emas terlebih dahulu, kemudian kita boleh dapatkan kemudahan Gold Convert dan dapatkan RM 850 tunai masuk dalam bank akaun.

Jika duit pakai kita tidak cukup, maka kita boleh buat 2 kali transaksi iaitu transaksi pertama, beli emas RM 400 dan dapatkan kemudahan Gold Convert dan dapatkan RM 400 tunai masuk dalam bank akaun.

Transaksi kedua pula ialah sebanyak RM 450 menggunakan proses yang sama seperti transaksi pertama di atas.

Kedua-dua senario ini sebenarnya sama, gram emas yang tersimpan pun sama banyaknya iaitu 3.24858 gram. Cuma yang berbeza adalah gaya penceritaan sahaja.

grid-tambah-gram-emas-11690807263.jpg

Apa pun, pastikan anda elak kerugian apabila membeli emas menggunakan belanja hangus tanpa ada duit simpan ataupun terpaksa simpan. 

Ini akan mengelakkan anda daripada terdorong untuk menjual emas itu walaupun ianya belum memberikan keuntungan.

Kesimpulannya, mulakan beli emas menggunakan duit simpan terlebih dahulu, kemudian dapatkan nilai duit pakai (Duit Pakai = 5.67 x Duit Simpan) untuk digunakan bagi menambah gram emas menggunakan kemudahan Gold Convert.

Buka akaun simpanan emas secara percuma hari ini juga untuk mendapatkan kemudahan gold convert ini.

grid-akaun-qm-percuma1681436874.jpg

Kumpul emas sebanyak mungkin menggunakan duit pakai dengan syarat anda sudah tetapkan duit simpan yang ingin ditukar menjadi simpanan emas.

Apabila simpanan emas anda meningkat nilainya dalam tempoh 3 ke 5 tahun, maka apabila dijual kembali, anda akan dapat lebih daripada RM 150 yang disimpan sebelum ini. Selamat Menyimpan.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah