×
Beli Emas Kena Dapat Emas, Bukan Dapat Sijil @ Kertas

Beli Emas Kena Dapat Emas, Jika Dapat Sijil atau Kertas, Itu Bukan Prinsip Asas.

Alhamdulillah, setakat ni, saya masih mematuhi prinsip asas ni. Cumanya saya tak simpan emas saya kat rumah. Saya minta syarikat simpankan di peti besi Brinks.  Contoh salah sebuah syarikat emas  yang menawarkan Gold Storage Account.

large-brinks1651267956.jpeg

Saya juga boleh "Widthraw" emas tu pada bila-bila  masa melalui "Gold Storage Account" saya.

Sama macam duit kertas. Saya tak simpan bawah bantal, saya simpan di bank. Bila nak pakai, saya widthraw duit tu melalui mesin atm.

Saya beli emas 1 gram bernilai RM 284 ketika post ini di tulis. Saya beli secara online dan syarikat uruskan penyimpanan emas saya di Brinks.

Saya boleh manage emas saya melalui Gold Storage Account / Akaun simpanan emas secara online.

Pada bila-bila masa, jika saya perlukan duit, saya boleh jual kembali emas itu kepada syarikat, sekiranya harga emas dunia LME naik melebihi yang saya beli. 

Saya juga boleh convert untuk dapatkan duit yang akan masuk dalam bank akaun saya dan emas yang di convert itu, 100% akan masuk dalam Holding Inventory. Duit dapat, emas tak berkurang.

Sekarang ni, jika saya nak widthraw 1 gram emas untuk saya simpan sendiri, saya kena bayar antara RM 350 ke RM 380 bergantung kepada harga emas semasa. Sebab ada kos minting, packaging dan sebagainya.

large-emas-pajak1651267956.jpeg

Seronok tengok ooo, bila ada emas kat tangan kita, tapi sedar tak kita, yang kita beli emas untuk simpan sendiri, harganya lebih tinggi. Bila nak untung? Beza RM 70 antara beli dan jual. Oklah kan, simpan je walau sikit. Teruskan, itu pilihan masing-masing.


Tujuan saya simpan emas ialah saya nak merasai kenaikan harga emas dan mudah untuk saya liquidate (cairkan) emas tu dan dapat cash tanpa perlu saya beratur kat kedai pajak atau pun saya nak bagi kedai pajak untung banyak, emas saya lebur sebab tak mampu nak tebus.

Kawan-kawan, teknologi berubah, cara beli emas berubah, cara simpan pun berubah, cara jual pun berubah. kita punyai pilihan.

large-no-thanks1651267956.jpeg

Nak pakai cara baru guna roda atau nak pakai roda petak. Jika memilih untuk pakai roda petak, Jika tolak pun, banyak kalori burn, bagus gak tu, boleh kurus sikit. hehehe. Kedua-dua cara mempunyai kelebihan yang berbeza.

Setakat ni dalam  potfolio emas saya, bukan ada emas kertas, tapi emas betul. Pada bila-bila masa, saya boleh jual emas itu kepada syarikat. Tapi jangan lah jual ketika harga emas rendah kan. Tu jer. 

large-potfolio-emas1651267956.jpeg

Saya simpan emas untuk perbaiki kehidupan saya dan kehidupan keluarga saya, juga sahabat-sahabat yang rapat dengan saya. Yang paling utama ialah kehidupan Team Simpan Gold.  Oleh itu, saya nak ajak sahabat-sahabat semua, jom kita banyakkan ilmu berkaitan emas ni.


Hanya dengan ilmu dan kesediaan kita mendengar perkembangan semua perkara berkaitan emas  mampu mengelakkan kita dari terjebak  dalam scam emas . Register laman web ini secara percuma untuk belajar.