×
Bantu Mereka Yang Berminat Tanya Tentang Tabung Emas

Ramai orang tahu pasal emas. Ramai juga yang tahu, nilai emas itu ada turun dan naik tetapi menaik dalam jangka masa panjang.

Namun ramai juga berhati-hati dalam nak menyimpan emas, sebab dikuatiri tersilap langkah, duit pun lebur.

Oleh itu, seharusnya kita kena memilih kedai-kedai, syarikat-syarikat & bank-bank yang menjual emas tulen, selamat dimiliki dan menawarkan harga mengikut pasaran.

large-emas916vs9991682632764.jpg

Kepada yang telah pun menyimpan emas, yang sudah pasti tidak scam, haruslah membantu seramai mungkin untuk mendidik masyarakat  menyimpan emas sebagai solusi ekonomi di masa akan datang.

Sebab itulah, di Simpan Gold, terdapat pelbagai artikel (blog), kebanyakannya berkaitan ilmu emas boleh dikongsi dengan mudah melalui whatsapp dan social media yang lain seperti fb, insta, tiktok dan sebagainya.

large-social-media1682812361.jpg

Di bawah merupakan cara untuk berkongsi berkaitan ilmu emas.

1. Link Khusus Artikel Simpan Gold

Setiap mereka yang mendaftar (register), akan diberikan Simpan Gold ID dan ianya berbeza pada setiap orang.

Sebagai contoh link artikel yang mereka kongsi itu mempunyai SG ID dibelakangnya.

Kedua-dua link di bawah, dikongsi oleh orang yang berbeza.

Link Member A :
https://simpangold.com/blog/join/235
Link Member B :
https://simpangold.com/blog/join/236

2. Nama anda terpapar sebagai orang yang berkongsi artikel

Apabila visitor klik link di atas (dalam keadaan mereka belum login/belum register), maka akan terpapar kotak merah, menyatakan artikel ini dikongsi oleh pemilik SG ID tersebut.

large-wasap-button1682811210.png

3. Mereka yang berminat akan tanya anda

Apabila pembaca artikel itu berminat nak tanya berkaitan ilmu emas, maka ada butang whatsapp yang boleh di klik dan dihubungi dengan mudah.

Butang whatsapp itu boleh menghubungi orang yang berkongsi artikel tersebut.

Melalui cara ini, kita hanya berkongsi sahaja dan hanya orang yang berminat sahaja yang akan bertanya tentang ilmu menyimpan emas (tabung emas).


Kepada mereka yang ingin berkongsi ilmu emas dengan mudah dan hanya mereka yang berminat sahaja yang akan menghubungi mereka, bolehlah register simpan gold.

Melalui cara ini, lebih ramai yang tanya anda tentang tabung emas, lebih ramai yang buka akaun simpanan emas melalui anda, maka sekiranya mereka menyimpan emas, ia mampu membina pendapatan tambahan buat anda.

large-register-sg-31680407404.jpg

Selepas register Simpan Gold, dan mengesahkan email anda (Verify Code Email), anda akan di bawa ke ruangan dashboard untuk 3 langkah mudah bagi membolehkan anda dihubungi melalui whatsapp.