LBMA adalah singkatan dari "London Bullion Market Association", iaitu sebuah organisasi perdagangan emas antarabangsa yang berpusat di London, United Kingdom.
Anda boleh rujuk website LBMA di https://www.lbma.org.uk/
Emas LBMA (LBMA Gold) merujuk kepada emas yang memenuhi kualiti dan piawaian yang ditetapkan oleh LBMA.
Emas LBMA dianggap sebagai piawaian industri untuk perdagangan emas di seluruh dunia dan diakui secara antarabangsa untuk keaslian dan kemurniannya.
Emas LBMA biasanya digunakan dalam perdagangan emas antarabangsa, seperti bank pusat, perusahaan pelombongan emas, dan lembaga kewangan lainnya.
LBMA juga memastikan semua aspek Good Delivery dipenuhi di mana semua syarikat pengeluar emas wajib mengikut syarat yang sangat ketat sebelum ia sampai ke tangan pembeli di seluruh dunia.
Malah, kualiti dan integriti Emas LBMA sangat dipercayai sehinggakan syarikat emas di serata dunia sanggup menerima Emas LBMA tanpa perlu membuat ujian ketulenan terlebih dahulu. Ini membolehkan transaksi jual beli emas dilakukan dengan lebih terjamin dan efektif.
Syarikat di Malaysia iaitu Quantum Metal ada menjual emas LBMA yang boleh di miliki melalui Akaun Simpanan Emas mereka.
Oleh itu, semua emas yang non LBMA tidak melalui proses yang digariskan oleh LBMA bermula dari perlombongan sehingga lah emas siap di terima oleh pelanggan di seluruh dunia.