×
Antara Sebab Beli, Simpan & Jual Emas Yang Ramai Tak Tahu

Ramai tahu bahawa emas merupakan komoditi berharga yang akan naik nilainya di masa akan datang.

Namun ramai juga terlepas pandang kenapa mereka beli, kenapa mereka simpan dan kenapa mereka jual emas tersebut.

Jom kita tengok satu persatu akan objektif yang paling utama.

1. Sebab Kita Beli Emas

Apabila kita ada duit lebih dan kita nak ada aset yang boleh meningkat harganya, salah satunya ialah emas. Duit yang kita simpan terlalu lama mampu hilang nilainya disebabkan kenaikan harga barang saban tahun.

large-barang-dapur1655848143.png

RM 1,000 yang kita ada tidak mampu membeli barang yang sama sekarang ni berbanding 3 ke 5 tahun lepas.

Jika kita tiada duit simpan pula, semua kita nak gunakan, sekiranya kita mampu berjimat 15% segala duit perbelanjaan, maka kita boleh ada pegangan emas menggunakan duit belanja yang sama.

Disebabkan harga emas boleh naiklah menyebabkan kita ada lebihan duit di masa akan datang.

2. Sebab Kita Simpan Emas

Apabila kita telah pun membeli emas, ada pelbagai cara boleh kita simpan emas tersebut. Boleh simpan sendiri ataupun meminta syarikat / bank menyimpan emas kita dengan selamat.

Pemilihan ini penting kerana terdapat perbezaan harga beli yang ketara di antara simpan sendiri dengan meminta syarikat uruskan penyimpanan di tempat selamat di Brinks. 

large-brinks1646261012.png

Ini berlaku disebabkan kos-kos memotong emas, pembungkusan dan insuran yang terlibat dalam proses kita nak simpan sendiri. Simpan sendiri boleh mencecah lebih RM 80 segram daripada meminta syarikat uruskan penyimpanan.

Maka kita boleh memilih untuk mendapatkan gram lebih dengan cara kita minta syarikat uruskan penyimpanan.

3. Sebab Kita Jual Emas

Dalam perjalanan hidup kita, sudah tentu kita memerlukan duit untuk kelangsungan hidup. Apabila kita ada simpanan emas, kita boleh jual kembali kepada syarikat untuk mendapatkan duit.

Syarikat pula membelinya dengan harga yang terbaik tanpa mark down disebabkan syarikat menguruskan penyimpanan emas kita tu.

large-simpan-duit1648641394.png

Ini merupakan kelebihan yang diperolehi untuk mencairkan aset emas kita dalam tempoh singkat. 

Melihat kepada 3 senario di atas, dapat kita simpulkan, mempunyai akaun simpanan emas boleh membuatkan kita memiliki aset yang boleh bertambah nilainya disamping memudahkan duit tukar kepada emas dan emas tukar kepada duit secara mudah, selamat dan patuh syariah.

Jom buka akaun simpanan emas secara percuma sekarang. Tengok-tengok dulu dan anda boleh mula membeli emas secara online bermula serendah RM 10 sahaja. Nothing to loose.

large-open-gold-account-now1667946768.png

Jika bukan anda, siapa lagi. Jika bukan sekarang, bila lagi. Anda boleh hubungi mereka yang berkongsi artikel ini untuk info lebih lanjut.

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah