×
Agenda Pengukuhan Ekonomi Keluarga Perlu Ditingkatkan

Tahniah di atas perlantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 November 2022.

Sudah pastinya, seluruh rakyat Malaysia berharap Malaysia mampu menjadi sebuah negara majmuk yang harmoni dan mampu ke hadapan dengan lebih baik dan mengingkatkan ekonomi di masa hadapan.

large-pm101669328230.jpg

Dalam pada Perdana Menteri serta barisan kabinet kerajaan merangka dan melaksanakan agenda pengukuhan ekonomi yang menjadi fokus utama negara, dari satu sudut lain pula, agenda pengukuhan ekonomi keluarga juga harus dilakukan.

Antara Agenda ekonomi keluarga yang mampu dilakukan

1. Mengambil langkah berjimat-cermat

Setiap perbelanjaan haruslah mengutamakan penjimatan sekurang-kurangnya sebanyak 15% melalui pelbagai kaedah seperti melakukan perbandingan harga sebelum membeli, mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan banyak melakukan sendiri berbanding mengupah orang lain.

2. Melakukan bajet keluarga untuk tahun hadapan

Setiap perbelanjaan tetap bulanan disenaraikan supaya kita boleh nampak perbelanjaan yang pasti dan perbelanjaan yang boleh dikurangkan. 

large-bajet-keluarga1669328487.jpg

Perbelanjaan dari segi peratus satu-satu bahagian juga boleh dilihat dengan jelas sebagai contoh peratus perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. 

Ini mampu diatur semua supaya keseimbangan perbelanjaan dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

3. Langkah menambah pendapatan tambahan

Mencari & mengenalpasti sumber pendapatan ke dua dapat dilakukan tanpa membebankan dari segi modal dan masa. 

Senaraikan tindakan yang boleh menghasilkan kewangan tambahan yang mampu dilakukan sendiri seperti menghasilkan makanan yang boleh dijual, menjadi ejen produk laku dan menjadi konsultan pelbagai servis yang mudah untuk ditawarkan.

Semoga tahun 2023 mampu memberikan sinar baru buat keluarga kita disamping pada peringkat negara menawarkan insentif kepada kita dalam meringankan beban yang ditanggung selama ini.

Dalam pengharapan daripada kerajaan, kita juga perlu usaha di peringkat keluarga dalam memastikan kelangsungan kehidupan keluarga yang lebih selesa dari sebelumnya.

grid-register-simpangold1656924626.gif

Kepada mereka yang ingin menambah pendapatan melalui cara memperkenalkan ilmu emas dan menggalakkan masyarakat berjimat-cermat serta tukar wang kepada emas, bolehlah daftar laman web ini secara percuma untuk dibantu. Klik butang register di atas.

Jika bukan sekarang, bila lagi. Jika bukan anda siapa lagi. All the best menjelang 2023.