Kita kerja setiap hari, kita dapat gaji. Tak kisahlah kita berniaga atau bekerja.
Pakar kewangan seluruh dunia tetap menyokong, kita kena menyimpan duit itu untuk kegunaan masa depan.
Lalu kita simpan sedikit demi sedikit sehingga 10 tahun lamanya.
Lalu selepas 10 tahun, kita gunakan duit yang kita simpan itu untuk membeli barang-barang yang kita inginkan.
Yang anehnya, jika 10 tahun dulu, kita beli 1 troli, dapat banyak, tetapi kini, kita beli 1 troli, tidaklah dapat sebanyak itu.
Kenapa yer? Ramai kata, harga naik sana sini. Kita tidak boleh berhentikan masa atau tidak boleh turunkan harga.
Ini berlaku disebabkan INFLASI. Kuasa beli kita makin berkurang, makin berkurang.
Bagaimana nak atasi benda ni?
Seluruh dunia tahu, harga emas secara puratanya akan naik. Jadinya, kita TUKAR duit simpan kat bank, kepada simpan dalam bentuk emas.
Ada yang kata, hujung bulan gaji abis, kadang tu sampai tak cukup.
Sebab tu lah kita kena paksa simpan, secara tak sedar, duit nak bayar komitmen kita tu, TUKAR kepada EMAS terlebih dahulu, kemudian, dapatkan kemudahan daripada akaun simpanan emas kita untuk dapatkan tunai sebanyak 85% tanpa kita jual emas itu tadi.
Jadinya, tunai kita dapat untuk bayar komitmen dan emas pun kita anda. Tentunya adalah management fees dia, tapi taklah sebanyak peningkatan harga emas tu.
Jadinya, jika dalam masa 10 tahun, peningkatan emas ni, naik RM 100 secara purata, dan kita ada pegangan emas 10KG yg dikumpul selama 10 tahun, makanya secara purata, RM 100 x 10,000 gram = RM 1,000,000 (1 Juta lebihan)
Betul ke ni?
Tengok balik 10 tahun ke belakang, berapa kenaikan harga emas? Ada tak peningkatan RM 100 dalam tempoh itu?
Ini info harga emas yang diambil daripada laman web zakat.com.my sebagai rujukan.
Bandingkan, kita beli hartanah. Rasa-rasanya ada tak kenaikan 1 juta dalam 10 tahun? Rasa-rasanya kita mampu tak untuk sediakan deposit 10% untuk dapatkan hartanah tu?
Belum kira lagi dengan komitmen yang kita ada tu. Kena bayar itu dan ini.
Saya tidak katakan yang beli hartanah itu salah, cumanya, buatlah kedua-duanya bagi yang mampu.
Dah kita kena bayar hartanah tu bulan-bulan.Jadi, apa salahnya kita tukar kepada gold, kemudian bayarlah duit bulanan tu, pegangan emas dapat, komitmen bayar pembiayaan rumah bulanan pun selesai.
10 tahun tu, pejam celik pejam celik, kejap jer dah 10 tahun. Begitulah juga, kita sanggup ikat kontrak 25 tahun dengan bank dan kita bayar lebih banyak sekali ke dua kali ganda kepada bank daripada harga rumah.
Inikan pula kita tidak sanggup simpan emas yang mana dalam tempoh 10 tahun itu, kita ada lebihan 1 juta.
Bila nak mula? Bila nak belajar, bila nak ambil tahu?
Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jom sama-sama kita pelajari dan ambil tahu cara ini