×
3 Idea Buat Suri Rumah Untuk Jana Pendapatan

Apa yang suri rumah boleh buat ketika ada masa terluang? Dalam keadaan tidak boleh keluar rumah kerana perlu menjaga anak, kekangan tiada pengangkutan serta kemahiran yang spesifik, ada cara yang boleh dilakukan.

Jom kita tengok 3 idea yang boleh dilakukan menggunakan benda yang sedia ada.

1. Jual Makanan Kepada Kejiranan

Kebiasaannya, setiap kejiranan ada whatsapp group atau facebook group kawasan setempat. 

Pastikan kita aktif dalam whatsapp group tersebut, mereka mengenali kita dan kita berinteraksi memberi pelbagai cadangan dan informasi berguna.

Dalam pada kita menyediakan makan untuk keluarga, seperti lauk, kuih atau apa sahaja makanan, kita boleh open order sehari awal.


Letakkan maksima order bersesuaian dengan kemampuan kita. Sudah tentu ada jiran kita yang sibuk, tidak sempat menyediakan makanan tersebut. Dapatkan order dari whatsapp group tersebut.

Dari situ, kita boleh mendapat pendapatan tambahan antara RM 20 ke RM 50 sehari, buat dari rumah.

2. Ejen Kawasan Kepada Produk Terpilih

Jika kita tidak mampu untuk memasak menyediakan makanan, kita boleh memilih untuk menjadi ejen produk, sama ada kita buat sendiri produk tersebut mahupun kita ambil produk itu dari syarikat yang lain.

Ini juga mampu membantu jiran-jiran kita mendapatkan produk tersebut secara mudah daripada kita.


Sebagai contoh, barang basah keperluan seminggu, barangan keperluan harian serta apa sahaja yang dilihat menjadi keperluan setempat termasuk barangan makanan yang siap.

Melalui cara ini, kita boleh tambah pendapatan diantara RM 100 ke RM 1000 sebulan malahan lebih, bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima.

3. Kongsi Artikel Secara Online

Antara yang termudah dan boleh dimulakan tanpa sebarang modal ialah kongsi artikel yang terdapat dalam laman web Simpan Gold.

Setiap perkongsian artikel ini membolehkan kita memperolehi pendapatan dalam bentuk SG Point yang boleh ditukar kepada emas dan kemudiannya ditukar kepada ringgit.

Jom mula belajar ilmu emas melalui smartphone dikala masa terluang.

Kita mampu mendapat pendapatan dari RM 100 hingga 4 angka ke atas sebulan, bergantung kepada aktiviti perkongsian artikel ini.


Oleh itu, diharapkan kita mampu bertindak dari sekarang untuk membawa kita serta keluarga kita lebih selesa daripada sekarang walaupun sekeliling tidak mengizinkan.

Jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi? Jika bukan sekarang nak dimulakan, bila lagi?

Artikel Ini Dikongsi Oleh SHAMWANIE INSPIRE RESOURCES. Pertanyaan Mengenai Ilmu Emas? Boleh Klik Butang di Bawah