×
Surirumah Simpan Emas Senyap-senyap Guna Duit Belanja Yang Suami Bagi

Kebiasaannya suami akan bagi belanja harian, mingguan atau bulanan untuk isteri beli barang-barang dapur bagi menguruskan perjalanan makan minum keluarga.

Ada isteri yang bijak, mereka akan berjimat dan tidak menggunakan keseluruhan wang perbelanjaan tersebut.

Sebabnya dikuatiri, jika memerlukan, dapatlah isteri membantu suami pula hasil dari simpanan itu.


Ada juga surirumah yang membuka akaun simpanan emas untuk menyimpan emas menggunakan duit lebihan belanja demi untuk masa depan anak-anak yang tercinta.

Kisahnya begini, setiap bulan suami akan berikan RM 500 kepada isteri untuk perbelanjaan 3 orang anaknya serta makan minum.

Lalu isteri tadi terus membeli emas terlebih dahulu, yang mana beliau dapat 1.8 gram (Anggaran mengikut harga semasa).


Apabila ada 1.8 gram emas dalam akaun simpanan, isteri tadi boleh mendapatkan fasilities dari akaun simpanan emasnya iaitu Gold Convert sebanyak 85% iaitu RM 425 masuk ke dalam bank akaun tanpa menjual 1.8 gram emas yang dibeli itu tadi.

Jadinya, beliau dapat RM 500 dari suami, beliau ada pegangan emas 1.8 gram dan beliau ada cash sebanyak RM 425 untuk digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.

Niat beliau adalah untuk tambah pegangan emas dari masa ke masa sambil berjimat sebanyak RM 75. 

Sedar tak sedar, setahun telah berlalu, sebanyak 12 transaksi telah berlaku dan sebanyak 1.8 gram x 12 = 21.6  gram telah terkumpul.


Gram ini cadangannya akan dibiarkan selama bertahun-tahun sebab beliau yakin, emas yang terkumpul itu boleh meningkat harganya.

Apabila tiba masanya, dengan nilai emas semasa itulah, fasilities gold convert yang beliau dapat selama ini akan ditolak daripada nilai emas yang lebih tinggi harganya pada 5 tahun akan datang.

Akaun simpanan emas boleh dibuka secara percuma sahaja dan minuma boleh menyimpan emas bermula dari RM 10. Ianya selamat serta patuh syariah.


Sekiranya anda seorang surirumah, anda ingin menggunakan cara ini, anda boleh belajar caranya terlebih dahulu dengan bertanya kepada mereka yang kongsi artikel ini.

Anda juga boleh Register laman web ini untuk ilmu-ilmu emas bagi menyelamatkan dan menguruskan kewangan kita di masa akan datang.